Shopping Cart

0 item(s) - RM0.00
Your shopping cart is empty!

SEJARAH ARRAZI

       Arrazi Marketing Sdn.Bhd. telah  diperbadankan pada 7 januari   2009  hasil dari cetusan idea oleh Tok Guru Nik Razi Nik Mat. Idea ini lahir dari keperihatinan beliau terhadap kurangnya produk buatan muslim di pasaran malaysia pada waktu itu, walhal malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang majoriti penggunanya beragama islam. Awalnya kami bermula sebagai sebuah syarikat pemasaran yang menjual jus buah-buahan, kopi dan koko pracampuran dengan mengeluarkan produk melalui kontrak OEM bersama beberapa kilang sedia ada, pejabat urusan kami berpusat di Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.

     Sekitar 2011, syarikat turut membawa masuk rangkaian produk timur tengah dan dipasarkan melalui jenama Arrazi Nutri. Namun, melihat kepada persaingan yang agak sengit dengan kemunculan jenama-jenama baru yang begitu banyak,  syarikat memutuskan untuk melakukan pelaburan dalam kajian dan pembangunan produk bagi membolehkan syarikat beroperasi melalui kilang sendiri dengan produk yang berdaya saing dan lebih berkemampuan menjana pengguna setia.

      Perancangan diatur seteliti yang boleh sehingga pada November 2012, operasi syarikat dipindahkan sepenuhnya ke lokasi baru milik persendirian di No.621 & 621A Jalan Kubang Panjang, 17000 Pasir Mas, Kelantan dan didaftarkan sebagai Premis Kilang Proses Makanan. Dalam tahun 2013-2014, syarikat membuat pelaburan pelaburan fasiliti yang merangkumi mesin-mesin industri dan pengubahsuaian premis bagi membolehkan kilang kami beroperasi dengan menepati peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan JAKIM. Kilang kami juga telahpun mendapat pengiktirafan pihak JAKIM dan pihak Kementerian Kesihatan (Skim Persijilan MesTi).

       Adalah menjadi amalan kami untuk mementingkan kualiti, rasa dan maklumbalas pengguna untuk setiap produk kami, bahkan kami di kumpulan tenaga kerja Arrazi benar-benar gembira apabila dapat menawarkan harga yang tetap kompetitif kepada pengguna. Di sini kami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan anda terhadap jenama arrazi yang mana telah memberi inspirasi untuk kami tetap berada di dalam industri ini.

 

Dari Meja Pengarah

ARRAZI MARKETING SDN BHD.

10 MARCH 2016

Powered By alfatihstudio.com
ARRAZI MARKETING SDN BHD © 2017